Tuesday, 6 October 2015

Peranan Rakan Sebaya Mempengaruhi Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak

     Menurut Daniel Goleman, sosioemosi ialah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologi dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Manakala kanak-kanak sebagai seseorang yang dibawah umur lapan belas tahun.

      Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Antara peranannya ialah membentuk akhlak atau keperibadian mulia dalam dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan mula membuat perhubungan dengan rakan iaitu diluar persekitaran keluarga khususnya di sekolah. Oleh itu mereka mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.

      Tambahan, rakan sebaya mempunyai sub-budaya. Oleh hal yang demikian, personaliti mereka akan berubah mengikut personaliti rakan-rakan mereka. Hal ini kerana rakan-rakan adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak semasa dan selepas masuk ke alam persekolahan misalnya.

      Selain itu, rakan sebaya juga berperanan dalam membina keyakinan yang tinggi dalam diri kanak-kanak. Misalnya kebanyakkan kanak-kanak lebih bersikap terbuka terhadap rakan-rakan dibanding ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang bersifat materialistik dan secara tidak langsungnya telah mengakibatkan kurangnya interaksi dengan anak-anak. Melalui perkongsian antara mereka, kanak-kanak mampu berfikir secara rasional dan mampu belajar untuk berdikari serta memperoleh sokongan emosi dan sosial daripada rakan mereka.

      Pada pandangan rakan-rakan sekalian, apakah peranan lain yang dimainkan oleh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak? Jelaskan.