Sunday, 8 November 2015

Kanak-kanak Ialah Peneraju Negara Yang Mendatang

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Bertemu kembali kita di arena forum yang seterusnya. 


Saudara dan saudari yang dihormati sekalian, 

          Kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Bagi memastikan pertumbuhan kanak-kanak berkembang dengan baik, keperluan fizikal dan mental serta kesihatan mereka hendaklah dipenuhi dengan baik. Misalnya keperluan mental bagi kanak-kanak ialah seperti kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak yang lain dan rakan-rakan. Dengan ini mereka berpeluang membina keyakinan diri, persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin serta memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan juga penjaga.

             Manakala bagi keperluan kesihatan pula iaitu hendaklah orang tua atau ibu bapa menyediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan mereka, keyakinan diri mereka serta harga diri kanak-kanak. Perkembangan kesihatan yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna.

           Sekiranya keperluan kesihatan dapat dipenuhi dengan baik maka sudah semestinya perkembangan fizikal anak-anak juga terjamin. Ibu bapa haruslah memberikan anak-anak peluang untuk mereka bermain bersama kawan-kawan mahupun bersendirian. Hal ini kerana bermain merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak. Misalnya  sewaktu bermain kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa, menjerit dan sebagainya. Aktiviti bermain boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti "outdoor" dan aktiviti "indoor". Kawasan persekitaran anak-anak hendaklah dipastikan selamat dan harmoni untuk mengalakkan mereka menjalankan aktiviti harian dengan aman.

Saudara dan saudari sekalian,



Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stres yang tinggi? 

Saturday, 7 November 2015

Kecerdasan Emosi Dan Sosial Adalah Lebih Penting Daripada Kecerdasan Intelek Dalam Dunia Pekerjaan?

Salam sejahtera pembuka bicara,
ditujukan khas buat para pembaca,
jangan hanya pandang saja,
sudilah kawan tinggalkan komen anda.


saudara dan saudari,


Kecerdasan emosi telah ditakrifkan sebagai kemampuan untuk memahami perasaan diri sendiri, untuk berempati terhadap perasaan orang lain dan untuk mengatur emosi, yang secara bersama dalam peningkatan taraf hidup seseorang. Menurut Daniel Goleman (2002 : 411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak melakukan setiap perlakuan.


Seterusnya kecerdasan sosial pula bermaksud ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan dengan masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang yang ada disekeliling atau sekitarnya. Kecerdasan sosial juga diertikan sebagai kemampuan dalam mencapai kematangan pada peringkat kesedaran manusia berfikir dan bertindak untuk menjalankan peranan dalam menjalin hubungan dengan masyarakat sekeliling. kecerdasan sosial telah dikategorikan kepada dua komponen iaitu secara internal dan juga eksternal. Kecerdasan sosial secara internal ialah adanya keinginan untuk bersosial dalam diri individu, berupaya dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain serta sanggup mengorbankan kepentingan diri demi orang lain. Manakala secara eksternal pula iaitu disebabkan adanya pengaruh untuk bersosialisasi. Seterusnya telah membantu dalam menyelesaikan pemasalahan dalam interaksi sosial.


Manakala kecerdasan intelek pula ialah merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi atau pengetahuan baru yang diterima sebagai fakta. Di samping itu, kecerdasan intelektual juga ialah bentuk kemampuan individu untuk berfikir, mengolah, dan menguasai lingkungannya secara maksimal serta bertindak secara terarah.


Setiap aspek kecerdasan ini telah memberikan impak kepada setiap individu khususnya dalam dunia pekerjaan. Pada pandangan saudara saudari pembaca, adakah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi dalam kehidupan yang mendatang? Mengapa?






Friday, 6 November 2015

Kesan Tanpa Adanya Perapatan Antara Anak dan Bapa

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Pelopor pendidikan awal usia,
Peneraju kepimpinan negara,
Ayuh kawan-kawan datang bersama,
Serbu blog saya dengan komen anda.



Selamat datang ke sesi forum yang seterusnya. Kawan-kawan janganlah segan serta adanya keberatan untuk membaca dan tinggalkan komen anda.


            Perapatan merupakan hubungan kasih dan sayang yang berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Dengan adanya hubungan kasih dan sayang di dalam hidup, kehidupan akan terasa harmoni dan damai sejahtera. Untuk menunjukkan kasih sayang bukan sahaja melalui perasaan, kata-kata malah dari perbuatan juga. Misalnya, ibu bapa yang menginginkan anak-anak berjaya dalam pelajaran khususnya haruslah menegur anak-anak sekiranya mereka degil untuk menimba ilmu.

           Bukan itu sahaja, malah ibu bapa hendaklah mendorong serta menyediakan prasarana yang mencukupi untuk anak-anak agar mereka tidak berasa malu dan segan untuk datang ke sekolah. Berbalik kepada topik saya tadi, perapatan antara anak dan orang tua mereka amatlah penting untuk keluarga.



Saudara dan saudari,
Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? Terangkan.