Menurut Daniel Goleman, sosioemosi ialah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologi dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Manakala kanak-kanak sebagai seseorang yang dibawah umur lapan belas tahun.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Antara peranannya ialah membentuk akhlak atau keperibadian mulia dalam dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan mula membuat perhubungan dengan rakan iaitu diluar persekitaran keluarga khususnya di sekolah. Oleh itu mereka mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.
Tambahan, rakan sebaya mempunyai sub-budaya. Oleh hal yang demikian, personaliti mereka akan berubah mengikut personaliti rakan-rakan mereka. Hal ini kerana rakan-rakan adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak semasa dan selepas masuk ke alam persekolahan misalnya.
Selain itu, rakan sebaya juga berperanan dalam membina keyakinan yang tinggi dalam diri kanak-kanak. Misalnya kebanyakkan kanak-kanak lebih bersikap terbuka terhadap rakan-rakan dibanding ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang bersifat materialistik dan secara tidak langsungnya telah mengakibatkan kurangnya interaksi dengan anak-anak. Melalui perkongsian antara mereka, kanak-kanak mampu berfikir secara rasional dan mampu belajar untuk berdikari serta memperoleh sokongan emosi dan sosial daripada rakan mereka.
Pada pandangan rakan-rakan sekalian, apakah peranan lain yang dimainkan oleh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak? Jelaskan.
Salam sehati sejiwa saudari Madeline.
ReplyDeleteRakan sebaya adalah salah satu faktor yang terlibat sama dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutamanya apabila masuk ke alam pra-remaja. Peringkat remaja ketika ini biasanya cepat terpengaruh dengan berbagai-bagai perkara contohnya, cara berpakaian, pendidikan, kemewahan, hiburan, budaya yang berbeza, dan keruntuhan akhlak jika kurang didikan agama.
Seperti yang kita tahu, rakan sebaya sepatutnya mempengaruhi rakan dengan cara yang positif. Membangun bersama untuk mencapai matlamat masa depan iaitu saling memberi pendapat dan dorongan antara satu dengan yang lain. Berdasarkan persekitaran masyarakat harmoni iaitu didikan agama,moral dan akhlak yang baik, secara tidak langsung dapat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Rakan sebaya juga berperanan dalam membina keyakinan yang tinggi dalam diri kanak-kanak seperti lebih bersikap terbuka terhadap rakan-rakan dibanding ibu bapa mereka. Melalui perkongsian antara mereka, kanak-kanak mampu berfikir secara rasional dan mampu belajar untuk berdikari serta memperoleh sokongan emosi dan sosial daripada rakan mereka.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rakan sebaya bermaksud sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Seterusnya ialah yang terpenting dan tersulit adalah penyesuaian diri dengan meningkatkan pengaruh teman sebaya, perubahan dalam perilaku sosial, pengelompokkan sosial yang baru, nilai-nilai baru dalam dukungan dan penolakan sosial dan nilai-nilai baru dalam seleksi pemimpin. (Hurlock, 1999).
Terima kasih saudari atas kesudian anda meluangkan masa untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan peranan atau tanggungjawab seorang individu yang bergelar seorang rakan sebaya.
DeleteKepada sahabat yang diluar sana, soalan saya yang seterusnya ialah adakah kanak-kanak yang terganggu sosioemosinya akan terjejas pembentukan nilai kendirinya? Jelaskan.
Salam sejahtera izinkan saya menjawab persoalan yang saudari utarakan diatas.Saudari, sudah semestinya pembentukan nilai kendiri kanak-kanak terganggu apabila sosioemosi mereka terjejas. Hal ini demikian kerana, konsep kendiri seseorang bergantung kepada individu tersebut.
ReplyDeleteTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Antaranya ialah dari segi pertuturan,pemakanan,perlakuan dan lain-lain. Misalnya sekiranya kanak-kanak tersebut hidup dalam persekitaran keluarga mahupun jiran yang terdiri daripada baik pertuturan,pergaulan seharian maka kendiri yang lahir pada dalam diri kanak-kanak akan jasa baik. Begitu juga sebaliknya. Kanak-kanak yang memiliki konsep yang negatif misalnya ialah punca utama. Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak akan bersikap tidak berpuas hati dengan setiap persekitaran mereka, sering menyalahgunakan tersebut bukanlah wujud secara semulajadi dan tidak akan berkekalan. Sekian sahaja dari saya.
Wah, begitu jelas penerangan saudara. Jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian menyampaikan pendapat saudara berkenaan dengan tajuk forum ini.
DeleteSaudara saudari yang budiman, apakah kesan yang bakal berlaku terhadap kanak-kanak sekiranya mereka berinteraksi dengan rakan sebaya yang berakhlak kurang baik?
salam sejahtera saudari Madeline. Izinkan saya mencelah untuk menjawab soalan yang telah saudari utarakan itu. Rakan sebaya berupaya dalam membentuk konsep kendiri, sikap dan juga pandangan kanak-kanak. Contohnya cara berpakaian, hobi dan semua aktiviti sosial. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sanggup melakukan apa sahaja agar diterima dalam kumpulannya seperti membentuk kumpulan sendiri. Hal ini akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut cenderung dalam melakukan gejala yang tidak sihat seperti menghidu gam, merompak, membunuh dan sebagainya. Akibat daripada pengaruh yang negatif daripada sahabat yang bersifat negatif, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang untuk membeli atau mendapatkan apa yang mereka ambil untuk memuaskan diri sendiri. Sikap yang ditonjolkan oleh rakan sebaya ialah merupakan tiang utama untuk kanak-kanak menjalani kehidupan harian mereka. Hal ini jelas kita lihat dan ketahui bahawa di alam kanak-kanak, mereka mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran mereka. Kawan merupakan contoh bagi mereka. Sekian.
ReplyDeleteTerima kasih saudari atas penerangan tersebut. Sungguh menarik sekali pendapat saudari.
DeleteSeterusnya kepada rakan-rakan sepejuangan yang diluar sana, janganlah segan untuk berkongsi pendapat anda sekiranya ada yang hendak anda sampaikan dan mungkin anda ada idea yang lebih bernas untuk sama-sama kita kongsikan.
saudara saudari yang budiman, pengaruh rakan sebaya juga telah merangkumi perkembangan intelek, sahsiah, dan sosial. Terangkan serba sedikit tentang setiap aspek tersebut.
Salam sejahtera Saudari, Isi yang saudari telah kupas amat menarik minat saya dan saudari juga melontarkan soalan yang saya rasa amat penting bagi perkembangan seseorang kanak-kanak. Terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa rakan sebaya merupakan individu atau ajen yang penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Dari aspek intelek, contohnya rakan yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek kanak-kanak dan secara langsungnya akan meningkatkan potensinya ke arah optimum. Nilai-nilai murni yang positif akan mewujudkan kanak-kanak yang bersahsiah tinggi dalam pembentukan yang baik. Misalnya, akhlak dan nilai yang baik yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak. Rakan sebaya juga berupaya dalam mmembentuk akhlak dan keperibadian mulia dalam diri kanak-kanak iaitu dari aspek perkembangan sosial rakan-rakan. Personaliti yang dibawa oleh rakan akan mampu mendorong kepada pencapaian mereka.
ReplyDeleteDisamping itu,rakan sebaya juga berkebolehan dalam mengawal emosi atau naluri yang agresif. Kanak-kanak boleh mendapat atau memperoleh sokongan emosi dan sosial serta belajar berdikari. kanak-kanak lebih rapat dengan rakan dan mereka telah bercerita serta berkongsi ilmu yang diperoleh iaitu melalui perbualan yang dilakukan secara langsungnya. Melalui pergaulan, perbalan, pertuturan yang sesuai dan berterusan akan mewujudkan satu peluang untuk kanak-kanak menerokai dan memahami diri sendiri sekali gus akan membina daya pemikiran rakan yang rasional.
Itu sahaja pandangan dan jawaban daripada saya. Segala kekurangan mohon diperbetulkan. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih saudari atas penerangan yang diberikan.
DeleteSemoga apa yang telah kita kemukakan ini dapat membantu semua dan yang paling penting mampu menambahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada para pembaca. Sekian, terima kasih.