Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Bertemu kembali kita di arena forum yang seterusnya.
Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,
Kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Bagi memastikan pertumbuhan kanak-kanak berkembang dengan baik, keperluan fizikal dan mental serta kesihatan mereka hendaklah dipenuhi dengan baik. Misalnya keperluan mental bagi kanak-kanak ialah seperti kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak yang lain dan rakan-rakan. Dengan ini mereka berpeluang membina keyakinan diri, persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin serta memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan juga penjaga.
Manakala bagi keperluan kesihatan pula iaitu hendaklah orang tua atau ibu bapa menyediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan mereka, keyakinan diri mereka serta harga diri kanak-kanak. Perkembangan kesihatan yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna.
Sekiranya keperluan kesihatan dapat dipenuhi dengan baik maka sudah semestinya perkembangan fizikal anak-anak juga terjamin. Ibu bapa haruslah memberikan anak-anak peluang untuk mereka bermain bersama kawan-kawan mahupun bersendirian. Hal ini kerana bermain merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak. Misalnya sewaktu bermain kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa, menjerit dan sebagainya. Aktiviti bermain boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti "outdoor" dan aktiviti "indoor". Kawasan persekitaran anak-anak hendaklah dipastikan selamat dan harmoni untuk mengalakkan mereka menjalankan aktiviti harian dengan aman.
Saudara dan saudari sekalian,
Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stres yang tinggi?
Salam kasih saudari Madeline, izinkan saya untuk mengemukakan pendapat atau pandangan berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan peringkat sekolah rendah.
ReplyDeleteYa, sememangnya kanak-kanak juga mengalami stres. Namun begitu, kadar stres mereka tidak sama dengan kadar stres orang dewasa. Biasanya tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami stres ialah, kerap mengungkapkan rindu ketika ibu atau bapa tiada di rumah, sering membuang air besar dan kencing, menangis sesuka hati dan sangat aktif sehingga sukar dikawal.
Kanak-kanak prasekolah, biasanya akan mengalami stres ketika dihantar ke sekolah secara paksa oleh ibubapa atau jarak yang jauh antara ibubapa dengan anak. Kesanya, mereka kelihatan muram dan murung seterusnya menangis. Manakala kanak-kanak sekolah rendah pula akan mengalami stres apabila ibubapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pencapaian akademik. Dorongan ini sangat menganggu mereka kerana, peringkat ini mereka masih perlu diberi peluang untuk bermain dengan rakan-rakan. Harapan tinggi yang diberikan akan membuat masa atau waktu mereka bermain sangat terhad. Mereka terpaksa menghadiri tuisyen tambahan di luar rumah dan dalam rumah.Menurut teori Erik Erikson kanak-kanak dalam peringkat umur ini, mereka perlu berinteraksi bersama rakan sebaya,mereka harus diberi peluang untuk bebas secara terkawal. Kerana jika tidak, mereka akan bergiat aktif sehingga tidak dapat dikawal dan mereka akan murung sahaja di dalam kelas.
Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah tidak seharusnya mengalami stres yang teruk. Peranan ibubapa sangat penting dalam hal ini dan pendapat saya, kanak-kanak di Malaysia masih berada ditahap yang sederhana iaitu tidak menghadapi stres yang tinggi.
Sekian.
Teima kasih saudari atas kesudian untuk meluangkan masa untuk menerangkan lebih lanjut bekenaan soalan yang dipersoalkan.
ReplyDeleteSeterusnya kepada sahabat yang diluar sana, soalan saya yang seterusnya ialah apakah punca stres berlaku di kalangan kanak-kanak?
Selamat tengahari saya ucapkan kepada saudari Madeline. Di atas kesempatan yang telah diberikan ini saya ingin menyampaikan sepatah dua kata dan sekaligus ingin menjawab soalan yang telah saudari ketengahkan tersebut.
ReplyDeleteSaudari, punca berlakunya stres di kalangan kanak-kanak ialah dikategorikan kepada empat iaitu dari aspek peribadi, rumah, sekolah dan persekitaran sosial. Dari aspek peribadi ialah dimana diri individu tersebut telah meletakkan harapan atau cita-cita yang tinggi namun mereka tidak mampu mencapai apa yang telah disasarkan untuk diri mereka. Hal ini akan mengakibatkan mereka berasa rendah diri dan tiada keyakinan diri untuk meneruskan daqn menghadapi apa yang dilakukan. Perasaan ini sekaligus menyebabkan mereka berasa takut dengan pencapaian mereka dan secara tidak langsungnya telah menyebabkan mereka stres. Sikap mereka yang suka membandingkan diri mereka dengan orang lain juga akan berupaya untuk mengakibatkan mereka mengalami stres yang tinggi. Misalnya dengan rakan-rakan dan adik beradik mereka. Manakala dari aspek dari rumah pula ialah dengan ada berlakunya penceraian antara ibu bapa mereka. Seperti yang kita ketahui pada era metropolitan ini, kebanyakkan anak-anak akan mengalami penderaan dan pengabaian yaqng sangat tinggi kadarny dan ini merupakan satu punca utama berlakunya stres dalam diri mereka. Dari sekolah pula ialah anak-anak boleh mengalami stres adalah akibat daripada hukuman dan dendaan yang telah diberikan oleh guru atas sebab yang tertentu. Kanak-kanak yang belum boleh berfikir secara rasional telah menganggap bahawa tindakan tersebut adalah salah bagi mereka. Selain itu ialah disebabkan oleh pergaduhan yang terjadi antara mereka dengan rakan yang lain. Contohnya melalui perbuatan buli disekolah. Hal ini telah menyebabkan mereka stres dan akhirnya tidak mahu datang ke sekolah. Di samping itu ialah melalui persekitaran sosial pula ialah dimana kanak-kanak tersebut telah berhadapan dengan persekitaran dan duduk dalam suasana yang kejiranan yang kurang selamat. Contohnya jiran yang selalu bergaduh sesama mereka menyebabkan kanak-kanak tersebut takut dan akhirnya mendatangkan stres dalam diri mereka.
Setakat ini sahaja hujah saya. Minta maaf andai ada tersilap bicara dari segi pertuturan saya sepanjang menyampaikan pendapat saya tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih saudari Raziah atas kesudian anda dalam menjawab soalan tersebut. Begitu jelas sekali saudari.
ReplyDeleteSeterusnya kepada saudara saudari yang diluar sana, apakah contoh gejala stres di kalangan kanak-kanak? Jelaskan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sejahtera saudari Madeline, pada pendapat saya terdapat pelbagai contoh gejala stres. Antaranya ialah berlakunya perubahan tingkahlaku dalam diri kanak-kanak. Contohnya, sekiranya mereka seorang kanak-kanak yang aktif, sangat ketara sekiranya mereka mengalami stres. Hal ini disebabkan oleh tingkahlaku mereka yang akan menjadi pasif iaitu sering berdiam, tidak banyak berinteraksi dengan orang lain. Mereka cenderung kepada tingkahlaku yang murung. Mereka akan memencilkan diri sendiri. Misalnya duduk berjauhan daripada orang lain dan yang paling ketara ialah sikap mereka akan menjauhkan diri mereka daripada orang lain. Hal ini atas faktor mereka tidak percaya kepada orang lain dan sekaligus tidak mahu berkawan dan mulanya tingkahlaku yang tidak baik dalam diri mereka. Contohnya selalu ponteng kelas. Bagi kanak-kanak sekolah rendah, salah satu punca stres mereka ialah kerana ada rasa ketakutan dalam diri mereka tentang masa depan mereka. Akibat daripada banyak berfikir mereka akan mudah mengalami sakit kepala dan seterusnya mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan tepat. Hal ini akibat daripada ketidakstabilan emosi dan mental yang sihat. Mereka cenderung untuk berputus asa. Kanak-kanak dapat kita perhatikan melalui tingkahlaku nmereka iaitu sama ada agresif atau pun depressif. Kanak-kanak yang bertingkahlaku agresif ialah kanak-kanak yang bertingkahlaku yang menentang orang lain dan berisiko tinggi. Misalnya berbohong, membuli dan yang paling berisiko ialah memusnahkan harta benda. Manakala tingkahlaku yang depresif ialah dimana kanak-kanak akan mencederakan sendiri dan tidak kurang juga berisiko juga untuk membunuh diri sendiri.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.
Terima kasih saudari atas jawapan yang telah diberikan.
ReplyDeleteSaudara saudari soalan yang seterusnya ialah apakah langkah yang wajar diambil untuk mengatasi stres yang dialami oleh kanak-kanak tersebut? Terangkan.
Selamat petang saudari Madeline. Saya sangat tertarik dengan penyataan yang telah saudari paparkan di atas tadi dan sekaligus membuat hati saya tergerak ingin memberikan pendapat saya tentang tajuk yang telah saudari bukakan ini. Berbalik pada soalan saudari tersebut saya berbesar hati ingin menjawabnya. Bagi saya setiap apa sahaja yang berlaku sudah pastinya ada faktor mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan sudah semestinya juga ada langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasinya.
ReplyDeletekanak-kanak merupakan individu yang bagai kain putih yang sememangnya patut dicorakkan oleh kita sebagai orang yang dekat dengan kehidupan mereka. Khususnya para ibu bapa mahupun adik beradik mereka. Sekiranya kita sebagai orang tua berbuat perkara yang tidak baik sudah semestinya perangai anak-anak juga akan mengikut kita sebagai ibu bapa mereka. Bak kata pepatah "bagaimana acuan begitulah kuihnya". Melalui pepatah melayu ini sudah jelaslkah bahawa setiap perilaku orang tua mereka akan tetap diwarisi oleh anak-anak.
saudari Madeline, pada pendapat saya untuk mengatasi stres mereka kita sebagai keluarga, guru, rakan mahupun jiran mereka haruslah mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang mereka hadapi. Namun hal yang demikian jangan kita terlalu mendesak mereka untuk mencerita masalah yang mereka hadapi agar mereka memberitahu kita dengan segera namun kita haruslah memberi peluang untuk mereka menenangkan diri mereka sehinggalah mereka memiliki keyakinan untuk bercerita. Seterusnya ialah bagi mengelakkan diri kita mengalami stres yang terlampau, kita hendaklah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri sendiri dan yang paling utama ialah kita janganlah terlalu memaksa diri sendiri untuk melakukan perkara yang tidak mampu kita lakukan. Sebagai anak, pelajar mahu pun sahabat kita hendaklah berkongsi masalah dengan keluarga, guru ataupun sahabat. Hal ini untuk mendapatkan bantuan contohnya dari segi pendapat atau cadangan untuk membuat keputusan. Seterusnya ialah sentiasalah beribadat. Teguhkan jati diri kita dengan berdoa. Di samping itu ialah sentiasalah beriadah untuk menenangkan minda. Misalnya pada masa lapang. Untuk mengatasi masalah stres tersebut kita haruslah berfikiran positif. Contohnya tetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai oleh diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
Wah, begitu jelas sekali penerangan yang saudara berikan. Terima kasih saudara.
ReplyDeleteSaudara dan saudari diluar sana semoga dengan adanya forum ini, ia berupaya untuk membantu kalian dalam apa pun subjek yang kalian pelajari. Semoga apa yang disampaikan ini boleh membantu. Selamat maju jaya.