Friday, 6 November 2015

Kesan Tanpa Adanya Perapatan Antara Anak dan Bapa

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Pelopor pendidikan awal usia,
Peneraju kepimpinan negara,
Ayuh kawan-kawan datang bersama,
Serbu blog saya dengan komen anda.



Selamat datang ke sesi forum yang seterusnya. Kawan-kawan janganlah segan serta adanya keberatan untuk membaca dan tinggalkan komen anda.


            Perapatan merupakan hubungan kasih dan sayang yang berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Dengan adanya hubungan kasih dan sayang di dalam hidup, kehidupan akan terasa harmoni dan damai sejahtera. Untuk menunjukkan kasih sayang bukan sahaja melalui perasaan, kata-kata malah dari perbuatan juga. Misalnya, ibu bapa yang menginginkan anak-anak berjaya dalam pelajaran khususnya haruslah menegur anak-anak sekiranya mereka degil untuk menimba ilmu.

           Bukan itu sahaja, malah ibu bapa hendaklah mendorong serta menyediakan prasarana yang mencukupi untuk anak-anak agar mereka tidak berasa malu dan segan untuk datang ke sekolah. Berbalik kepada topik saya tadi, perapatan antara anak dan orang tua mereka amatlah penting untuk keluarga.



Saudara dan saudari,
Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? Terangkan.

8 comments:

  1. salam sejahtera saudari. saya bersetuju dengan pernyataan diatas.Kali ini saya ingin menambah beberapa entri untuk menyokong idea saudarim.Terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ibu bapa. Pertama ialah berasa tidak disayangi. Ini Kerana kanak-kanak akan berasa tersisih dan kuraang perhatian daripada ibu bapa. Kedua, kanak-kanak akan terancam kerana kurangnya sokongan ibu bapa. Ketiga, kanak-kanak cenderung memendam rasa akibat segan dengan ibu bapa. Terakhir wujud rasa takut anak-anak untuk bergaul dengan orangb lain. Keempat-empat elemen ini akan menyebabkan gangguan terhadap sosioemosi kanak-kanak. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara atas kesudian menjawab soalan yang diutarakan.

      Seterusnya apakah langkah yang wajar diambil oleh seorang ayah untuk mengatasi masalah kerenggangan antara mereka dengan anak-anak? Jelaskan.

      Delete
  2. selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa saudari. Di sini saya amat berbesar hati untuk mengutarakan pendapat saya mengenai langkah yang wajar diambil oleh ayah untuk mengatasi masalah kerenggangan dengan anak-anak. Baiklah antara langkah yang sewajarnya dilakukan seorang ayah dalam usaha mengeratkan perhubungan kekeluargaan adalah, Meluangkan masa dengan keluarga bagi menarik minat anak-anak, contohnya semasa cuti sekolah dan di hujung minggu membawa keluarga pergi berkelah di pantai, melancong ke luar negeri atau negara , memancing dan bermandi manda. Selain itu, bagi menarik perhatian anak-anak seorang ayah haruslah memberi penghargaan bagi anaknya dalm sesuatu kejayaan yang di perolehi dalam akademik mahu pun kokurikulum dan di masa hari lahir anak-anak juga supaya anak-anak berasa disayangi dan dihargai. contoh bentuk penghargaan yang diberikan iaitu, bagi anak-anak perempuan memberikan barbie doll, arca dan sebagainya. manakala bagi anak-anak lelaki pula memberikan alatan sukan seperti bola, alatan memancing, kereta mainan dan sebagainya. Sehubungan itu, ayah perlulah sentiasa bertanyakan perkembangan harian anak -anak kepada guru, dari segi prestasi pembelajaran dan aktiviti apakah yang dilakukan dengan kawan-kawan di sekolah dan makan minumnya juga perlu diperhatikan. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari atas kesudian saudari menjawab serta memberikan pendapat saudari berkenaan dengan tajuk tersebut.

      Rakan-rakan yang diluar sana, soalan saya yang kedua ialah apakah faktor berlakunya kerenggangan hubungan antara seorang ayah dengan anak? Jelaskan.

      Delete
    2. Selamat petang saudari, izinkan saya untuk menjawab soalan saudari yang diatas. Anak-anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang Tuhan bagi pada kita. Oleh hal yang demikian hendaklah kita sebagai orang tua mereka memastikan perkembangan mereka berkembang dengan baik. Kehidupan kanak-kanak tercorak adalah mengikut bagaimana cara ibu bapa mereka membentuk mereka sejak lahir lagi.
      Saudari, berbalik kepada soalan yang saudari utarakan tersebut iaitu tentang faktor terjadinya kerenggangan antara anak dengan bapa, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antaranya ialah adalah berpunca daripada sifat ayah yang terlampau serius dalam dalam semua perkara. Bagi anak-anak yang masih belum matang dalam pemikiran mereka akan menganggap bahawa ayah mereka merupakan seorang yang pemarah dan seterusnya akan menyebabkan mereka berasa takut untuk berinteraksi dengan ayah mereka. Anak-anak akan segan untuk berkongsi cerita atau pun masalah yang mereka hadapi dengan ayah mereka. Selain itu ialah disebabkan oleh rutin kehidupan seorang ayah yang banyak meluangkan masa dengan pekerjaan mereka. Oleh hal tersebut anak-anak kurang rapat dibandingkan dengan seorang insan yang bergelar ibu. Masa seorang ayah lebih kepada pekerjaan mereka dibanding keluarga semata-mata untuk mencari pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga. Sekian terima kasih.

      Delete
  3. Terima kasih saudari atas kesudian menjawab soalan itu tadi.

    Seterusnya apakah kebaikan bapa dan anak sekiranya terjalinnya hubungan yang baik antara mereka?

    Saudara dan saudari yang diluar sana jangan lupa jangan segan untuk memberi pendapat masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera saudari. Terima kasih atas kesempatan yang telah diberikan kepada kami para pembaca untuk memberi pendapat tentang tajuk ini.

    Berbalik kepada soalan saudari tadi, pada pendapat saya, sekiranya antara anak dan bapa menjalin hubungan yang baik, anak-anak akan berasa yakin dengan keluarganya. Sikap yang terbuka di dalam keluarga mampu mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini. Contohnya anak-anak lari dari rumah, memberontak dan sebagainya atas faktor keluarga yang tiada kedamaian. Keluarga yang harmoni akan melahirkan individu yang ramah mesra, terbuka dan berkeyakinan diri. Anak-anak yang mendapat sepenuhnya kasih sayang dalam keluarganya akan berasa yakin untuk berkomunikasi dengan siapa sahaja yang ada disekeliling mereka. Sikap mereka yang peramah ini akan menyebabkan orang berasa senang apabila berada disisi mereka. selain itu, hubungan yang baik antara seorang anak dengan insan yang bergelar ayah akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga. Seorang insan yang bergelar ayah seperti yang kita ketahui jarang sekali duduk di rumah untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri di rumah atas dalam sibuk dengan kerjaya mereka untuk mencari rezeki demi untuk menyara kehidupan keluarganya. Sikap terbuka antara mereka sangat penting dalam sebuah keluarga. Hal ini akan memudahkan ibu bapa mengetahui setiap pergerakan anak-anak mereka. Misalnya siapa kawan anak-anak, kemana mereka pergi dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan penipuan iaitu anaki-anak berbohong kepada ibu bapa mereka.
    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih saudari atas kesudian untuk menjawab soalan yang telah diusurkan.
    Semoga apa yang telah disampaikan ini akan menjadi iktibar bagi semua masyarakat khususnya para pelajar diluar sana.
    Sekian.

    ReplyDelete