Saturday, 7 November 2015

Kecerdasan Emosi Dan Sosial Adalah Lebih Penting Daripada Kecerdasan Intelek Dalam Dunia Pekerjaan?

Salam sejahtera pembuka bicara,
ditujukan khas buat para pembaca,
jangan hanya pandang saja,
sudilah kawan tinggalkan komen anda.


saudara dan saudari,


Kecerdasan emosi telah ditakrifkan sebagai kemampuan untuk memahami perasaan diri sendiri, untuk berempati terhadap perasaan orang lain dan untuk mengatur emosi, yang secara bersama dalam peningkatan taraf hidup seseorang. Menurut Daniel Goleman (2002 : 411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak melakukan setiap perlakuan.


Seterusnya kecerdasan sosial pula bermaksud ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan dengan masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang yang ada disekeliling atau sekitarnya. Kecerdasan sosial juga diertikan sebagai kemampuan dalam mencapai kematangan pada peringkat kesedaran manusia berfikir dan bertindak untuk menjalankan peranan dalam menjalin hubungan dengan masyarakat sekeliling. kecerdasan sosial telah dikategorikan kepada dua komponen iaitu secara internal dan juga eksternal. Kecerdasan sosial secara internal ialah adanya keinginan untuk bersosial dalam diri individu, berupaya dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain serta sanggup mengorbankan kepentingan diri demi orang lain. Manakala secara eksternal pula iaitu disebabkan adanya pengaruh untuk bersosialisasi. Seterusnya telah membantu dalam menyelesaikan pemasalahan dalam interaksi sosial.


Manakala kecerdasan intelek pula ialah merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi atau pengetahuan baru yang diterima sebagai fakta. Di samping itu, kecerdasan intelektual juga ialah bentuk kemampuan individu untuk berfikir, mengolah, dan menguasai lingkungannya secara maksimal serta bertindak secara terarah.


Setiap aspek kecerdasan ini telah memberikan impak kepada setiap individu khususnya dalam dunia pekerjaan. Pada pandangan saudara saudari pembaca, adakah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi dalam kehidupan yang mendatang? Mengapa?






8 comments:

  1. selamat pagi saudari, pada pandangan saya, memang betul bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana , perkembangan emosi ialah merupakan dorongan untuk bertindak melakukan suatu perlakuan. Manakala, kecerdasan sosial pula ialah dimana individu tersebut mencapai kematangan dalam pemikiran dan tindakan mereka. Pekerjaan pula ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh setiap manusia untuk mencari pendapatan atau rezeki.
    Tidak dinafikan lagi bahawa kecerdasan intelek adalah penting untuk mencapai pekerjaan yang diingini, akan tetapi sekiranya seseorang individu tersebut tiada kecerdasan emosi dan sosial yang baik, seseorang individu itu sudah pastinya tidak boleh berinteraksi dengan orang disekelilingnya.Contohnya jika seseorang tidak mampu mengawal emosi terhadap orang lain, sudah pasti pertelingkahaan atau perselisihan faham dengan rakan sekerja akan berlaku dan perlakuan ini sekaligus menganggu hubungan interaksi mereka dalam perkerjaan.Walau bagaimanapun, kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang individu, andai kata tiada kecerdasan emosi dan sosial tidak dihadapi dengan baik pun tidak ada baiknya juga. Setakat itu sahaja dari saya sekian dan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, begitu bernas sekali pendapat saudari. Dengan berbesar hati saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesudikan saudari meluangkan masa untuk menjawab soalan saya.

      seterusnya apakah pandangan rakan pembaca yang lain diluar sana, yang turut membaca penyataan di atas? Minta penjelasan daripada saudara dan saudari.

      Delete
  2. Salam kasih saudari Madeline.
    Pada pandangan saya, kecerdesan emosi, sosial dan intelek adalah saling melengkapi dalam dunia pekerjaan. Jika tiada kesepaduan kecerdasan ini, suatu pekerjaan pastinya tidak dapat dilakukan dengan baik dan matlamat kerja akan terjejas. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang individu tidak mempunyai kecerdasan intelektual yang baik, bagaimanakah mereka mampu berfikir untuk menyelesaikan konflik tempat kerja.
    Oleh itu, dalam dunia pekerjaan tidak hanya memfokuskan dua aspek kecerdasan sahaja. Kualiti pekerjaan semestinya diukur dari pelbagai sudut positif, contohnya, sihat emosi,fizikal, fikiran inovatif dan mampu mengawal tindakan sosial di tempat kerja.
    Melalui fikiran yang positif,kita mampu berfikir untuk menyelesaikan konflik atau permasalahan berkaitan dengan pekerjaan.

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sungguh jelas keterangan yang telah diberi oleh saudari. Terima kasih saudari atas kesudian saudari memberi sepatah dua kata penerangan itu tadi.

      Seterusnya, apakah contoh impak yang bakal berlaku sekiranya salah satu daripada aspek tersebut tidak dilaksanakan oleh individu dalam menjalankan rutin harian mereka dalam dunia pekerjaan. Saudara saudari pembaca yang saya hormati, berikan pnjelasan anda.

      Delete
  3. Bertemu lagi dalam ruangan bicara saudari Madeline.

    Impak atau kesan yang bakal berlaku sekiranya salah satu kecerdasan emosi,sosial dan intelek tidak dilaksanakan ialah kualiti pekerjaan itu tidak cekap. Disiplin kerja juga turut terjejas, masyarakat tidak memberi penghormatan kepada kerja seseorang itu, pekerjaan itu juga tidak dapat diluaskan kearah yang unggul atau antarabangsa. Apabila kesemua ini belaku, maka mereka akan menghadapi stres.

    Stres tidak lari dari dunia pekerjaan. Perkataan ini sering kita dengar, malah mereka yang menghadapi stres akan dihadapkan doktor dan kaunseling. Dalam hal ini, kita lihat puncanya bahawa jika salah satu elemen tersebut tiada dalam diri pekerja itu. Masalah kritikal ini, akan merosakkan prestasi kerja seseorang individu jika tidak dapat mengawal stres.

    Sekian..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sekali lagi saudari atas kesudian saudari mnjawab persoalan yang telah saya usulkan.

    Seterusnya, kepada saudara dan saudari yang diluar sana, tindak balas anda saya dahului dengan ribuan terima kasih atas budi bicara kalian. Soalan saya yang seterusnya ialah apakah langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah yang saudari di atas tadi terangkan.

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera saudari Madeline,izinkan saya menjawab persoalan yang telah saudari utarakan tersebut.
    Hubungan dan sokongan yang baik dan rakan sekerja adalah penting untuk mengurangkan stres yang dialami dikalangan pekerja walaupun mereka mendapat stres yang melampau daripada majikan. Hal ini bermaksud bahawa hubungan sosial yang baik dengan rakan sejawat dan persekitaran adalah penting untuk mengurangkan risiko yang melampau. Semua individu sentiasa terdedah kepada masalah. Selagi kita hidup selagi itu juga kita tidak boleh lari daripada masalah. Seperti yang kita ketahui, setiap perubahan yang berlaku kepada diri individu akan menyebabkan berlakunya stres tanpa mengira perubanhan sama ada perubahan yang berlaku itu ke arah yang positif mahupun negatif. Selain itu individu yang menghadapi stres haruslah meluahkan setiap apa yang terpendam di dalam hati agartidak menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya kesihatan terjejas, hal ini akan menambahkan pemasalahan yang dihadapi. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Wah, begitu menarik sekali setiap hujah yang telah diterangkan oleh saudara tadi. Semoga apa yang disampaikan itu menjadi iktibar kepada semua pembaca diluar sana.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi meluangkan masa mereka untuk memberi komen iaitu dengan menjawab soalan yang telah diutarakan itu. Moga bertemu lagi kita di arena forum yang seterusnya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete